Follow Pena Hiburan

Gambar: Adam AF Dan Fiza Elite Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz


Hari ini sekitar 10.40 pagi, Adam AF sah bergelar suami kepada Fiza Elite dengan sekali lafaz.

Artikel Terdahulu

Dengan sekali lafaz, penyanyi, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30, sah memperisterikan pelakon, Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam.

Adam yang juga Bintang Akademi Fantasia 2 (AF 2), kemudian menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 serta hantaran berupa sepersalinan lengkap barangan solat. Majlis turut dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan rakan terdekat mempelai serta rakan media.

Adam dan Fiza mula berkenalan rapat sejak pertengahan Julai lalu. Kemudian Fiza dilamar oleh Adam dalam pertemuan kedua mereka. Fiza merupakan ibu tunggal kepada kepada 2 cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 2 tahun.

Pasangan bakal diraikan dalam majlis persandingan menyambut tetamu oleh pihak lelaki di Sabah pada pertengahan bulan depan.










1 comment:

  1. Taniah diucapkan kepada adam af. Tapi ada satu lagi berita gembira semalam seorang gadis melayu telah menang anugerah ratu cantik muslim di BALI nak tahu sape click nama sye tu .

    ReplyDelete