Selepas tamat tayangan filem Lemak 
Kampung Santan, nampaknya berita mengenai ‘kisah cinta’ antara Hans 
Isaac dan Neelofa juga semakin berkurang. Bagaimanapun menurut pengarah,
 penerbit dan juga pelakon ini, hubungannya dengan aktres juga pengacara
 jelita itu masih seperti biasa. Mereka masih berkawan baik. Malah Hans 
mendedahkan hampir setiap hari dia berbual dengan Neelofa menerusi 
telefon.
“Selagi belum tiba tayangan Lemak 
Kampung Santan saya memang letak syarat yang saya dan Neelofa tak akan 
terima temuramah bersama-sama. Tapi bila filem itu hendak ditayangkan, 
untuk promosi, barulah kami bersetuju untuk sesi temuramah dan fotografi
 berdua. Syarat tersebut memang dah termaktub dalam kontrak. Tapi 
selepas tayangannya tamat, maka penampilan kami berdua pun selesai lah.
“Tapi kami masih berkawan baik. Saya 
hubungi dia hari-hari. Kami tak cerita pasal kerja atau filem. Tapi kami
 selalu berbual tentang kehidupan”, kata Hans kepada pihak media tatkala
 diajak berkongsi mengenai perkembangan hubungannya dengan Neelofa.
Hans dan Neelofa mula rapat dan 
digosipkan bercinta sejak mereka berdua bergandingan dalam filem arahan 
Hans sendiri, Lemak Kampung Santan. Bagaimanapun sehingga kini 
kedua-duanya tidak pernah mengesahkan yang mereka menjalin cinta 
sebaliknya masing-masing menyatakan mereka sebagai sahabat baik.
Dalam pada itu, Hans mmberitahu meskipun
 sambutan Lemak Kampung Santan kurang memberangsangkan di pawagam, namun
 berita buat penonton filem tempatan kerana filem tersebut kini boleh 
ditonton menerusi telefon dengan melayari laman web tonton.com.my 
ataupun di laman web ESCnow.com
Bikin Filem Kontroversi?
Dalam perkembangan lain, walaupun Hans 
telah membuat keputusan tidak lagi mahu mengarah ekoran kecewa dengan 
sistem industri perfileman tanah air, namun dia kini sedang merancang 
untuk menghasilkan sebuah filem berkisar sebuah kisah benar dan mistik.
Tetapi Hans memberitahu filem berkenaan 
bakal menjalani penggambaran pada Februari tahun depan di Singapura dan 
akan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan filem millik seorang 
rakannya di sana.
“Saya akan hasilkan sebuah filem tapi 
penggambarannya akan dijalankan di Singapura pada Februari tahun depan. 
Filem ini memang tak akan ditayangkan di sini sebab saya dapat rasakan 
yang filem tu nanti pasti akan ada pemotongan.
“Jadi saya tak mahu filem ini dipotong, 
itu juga sebab saya akan jalankan penggambaran di Singapura kerana di 
sana lebih bebas. Lagipun saya hasilkan filem tersebut untuk tontonan 
antarabangsa dan mensasarkan untuk membawa ia ke festival filem seperti 
Festival Filem Cannes”, tuturnya yang juga tidak menolak andaian filem 
tersebut mungkin mencetuskan kontroversi sekiranya ia ditayangkan di 
Malaysia.
Menurut Hans lagi, filem bergenre drama 
itu diberi judul Carmina iaitu sempena nama ibunya. Ia berdasar satu 
peristiwa yang dialami Hans sendiri ketika pemergian ibunya yang 
meninggal dunia pada Ogos tahun lalu akibat penyakit kanser. 
Bagaimanapun Hans berkata dia tidak mungkin turut berlakon dalam filem 
tersebut sebaliknya akan mencari seorang pelakon yang benar-benar layak 
menghidupkan watak sebagai dirinya.
“Filem ni tentang ibu saya dan satu 
peristiwa yang berlaku pada saya. Tapi saya rasa saya tak mungkin akan 
berlakon dalam filem ni. Tapi saya akan cari seseorang yang kenal sangat
 dengan saya, yang kenal ibu saya dan yang boleh melakonkan watak diri 
saya dengan ikhlas”, katanya.


No comments:
Post a Comment