Pelakon seksi dan kontroversi, Ika Nabila
menganggap tindakan segelintir peminatnya yang meminta dia memuat naik
gambar b-o-g-e-lnya di laman Instagram sebagai ‘terlebih bergurau atau dalam
erti kata lain, disifatkannya sebagai biadap.
Oleh sebab berasa geram dengan perbuatan
peminat tersebut, Ika bertindak ‘membalas’ permintaan peminat tersebut
dengan gambar seekor anjing. Menurut Ika, tindakannya itu bukan biadap
sebaliknya sebagai mahu memberi pengajaran kepada peminat berkenaan agar
mereka tidak mengulangi perbuatan memberi komen-komen negatif.
“Waktu tu saya tengah bercuti di Krabi.
Saya hairan kenapa orang minta gambar b-o-g-e-l, sedangkan masa tu saya post
gambar ikan di Instagram saya. Dan sebelum tu pun saya tak pernah post
gambar saya berbikini. Saya pakai baju skuba. Jadi saya rasa tak ada isu
saya seksi.
“Kemudian kebetulan kat situ ada seekor
anjing, jadi saya ambil gambar anjing tu dan post gambar tersebut untuk
beri pengajaran pada mereka (peminat). Mereka dulu yang bertindak kasar
dan kurang ajar, jadi saya balas lah semula. Saya rasa tindakan itu tak
biadab sebab mereka yang memulakan dulu dengan menyuruh saya melakukan
perbuatan yang tak senonoh.
“Tapi saya tak sakit hati pun dengan
mereka. Cuma mereka rosakkan mood bercuti saya ketika tu. Bila saya
ingat balik, rasa kelakar pula. Dan saya rasa segelintir pengikut saya
tu, mereka banyak masa terluang”, jelasnya sewaktu ditemui pada
pelancaran Oriental Rhapsody, di The Weld semalam.
Ika berkata demikian ketika diminta
mengulas mengenai isu perbalahannya dengan pengikut Instagram miliknya
gara-gara meminta dia memuat naik gambar b-o-g-e-l, sewaktu bercuti di Pulau
Krabi, Thailand pada hujung Ogos lalu. Dalam pada itu pelakon Tanda
Putera ini juga berkata selepas apa yang berlaku, dia akan lebih
berhati-hati setiap kali mahu memuat naik apa-apa gambar di laman
Instagramnya.
“Niat saya hanya mahu berkongsi aktiviti
saya. Tapi lepas apa yang jadi ni, saya akan lebih berhati-hati selepas
ni. Saya tahu yang ada saja pihak tak puas hati dan suka cari kesalahan
saya, namun saya buat tak kisah saja pada golongan yang segelintir ini.
Lagipun ramai peminat yang masih menyokong saya”, katanya.
Dalam perkembangan lain, Ika baru saja
selesai menjalani penggambaran filem arahan Khabir Bhatia berjudul
Gangster Superstar serta drama bersiri di TV3, berjudul Seindah Sabarmu.
No comments:
Post a Comment