Awin mengandung? Tahniah.. Apa apa pun korang baca dulu statement ni yer.. Nanti baru buat keputusan ea...
Setelah bergelar suami kepada Awin Nurin, penyanyi dan pelakon, Izzue Islam mengakui dirinya kini semakin bahagia.
Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzue Islam Mazlan , kehidupannya kini kian teratur dan terjaga dengan kehadiran isteri tercinta.
“Alhamdulillah, saya bersyukur mempunyai isteri seperti Awin yang cukup memahami diri saya.
"Sekarang, kehidupan saya lebih teratur, makan, minum saya semuanya dijaga, Awin juga banyak membantu menguruskan jadual kerja saya.
“Kalau dulu makan seorang diri, kini makan berdua, sakit pening juga ada yang tengokkan, tidak seperti dulu. Sejujurnya, saya dapat rasakan saya bertukar menjadi seorang yang matang.”ujarnya ketika ditemui pada sidang media drama bersiri ‘Sahabat’.
Selain itu, Izzue juga sudah mengakui bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa sekiranya mereka dikurniakan anak dalam masa terdekat.
“Saya tiada masalah dengan budak-budak, malah saya juga cukup sukakan mereka. Buat masa ini, masih belum ada sebarang petanda mengandung namun saya serahkan segalanya kepada tuhan, cuma tinggal lagi cepat atau lambat rezeki itu datang.
“Tidak dinafikan, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa, lagipun keluarga saya agak besar dan ramai budak-budak, jadi saya tidak kekok untuk menguruskan anak kecil.” ujar anak kelahiran Kelantan ini ketika ditanya mengenai cahaya mata.
Dalam perkembangan lain, Izzue muncul dalam sebuah drama bersiri ‘Sahabat’ yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Pena Hiburan: Selain kerja keras dalam usaha dapatkan anak, jangan lupa terus berdoa agar anak itu kelak mampy berbakti pada ibubapa, keluarga, masyarakat, negara dan agama
sumber:astro gempak
No comments:
Post a Comment