Sejak 21 September lalu, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa dikatakan telah terbang ke kota Paris bagi menjalani penggambaran episod baru program Nona yang merangkumi acara penuh berprestij, International Film Festival (IFF).
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, nampaknya Neelofa bukan sahaja dapat melawat tempat-tempat menarik sekitar kota Paris, malah pengacara tersebut turut berpeluang bertemu dengan pelakon popular Hollywood, Gary Dourdan.
Dalam pada itu, menerusi foto-foto yang dikongsikan, OHBULAN! tertarik dengan setiap gaya penampilan Neelofa. Pelakon filem Lemak Kampung Santan itu dilihat begitu pandai mix and match kan setiap busana dan gayanya juga kelihatan begitu ranggi serta feminin.
Namun begitu, terdapat juga sesetengah pengikut laman sosial Neelofa yang mengkritik dan mempertikaikan gaya penampilan pelakon tersebut. Bagi mereka, jika tidak kerana cuaca di sana sejuk, pastinya pengacara itu telah memakai skirt pendek dan bukannya berseluar panjang seperti dalam gambarnya sekarang.
Di sini Pena Hiburan ingin kongsikan video serta beberapa foto menarik pelakon tersebut sepanjang berada di Paris. Jom layan
sumber:ohbulan
No comments:
Post a Comment