Samsung juga memperkenalkan Galaxy Note 3
yang menyampaikan pengalaman baru dari segi reka bentuk lebih nipis dan
ringan dengan skrin lebih besar, tetapi tampak lebih kompak, lebih
berkuasa dan bateri tahan lebih lama.
Apabila S Pen disentuh pada skrin dan butang ditekan, satu menu dengan pilihan lima tugasan khas dipaparkan yang membolehkan pengguna menulis nombor telefon atau alamat untuk membuat panggilan, disimpan dalam telefon, menghantar e-mel atau mencari pada peta, membulatkan maklumat untuk disimpan atau melukis kotak untuk membuka aplikasi tertentu.
S Note juga dikemas kini dan lebih intuitif serta senang disusun. Ia juga lebih senang untuk menulis maklumat.
Note 3 juga mempunyai ‘multiwindow’ yang lebih baik di mana aplikasi sama boleh dibuka dalam dua tetingkap berasingan.
Penambahbaikan lain termasuk peningkatan kuasa bateri kepada 3200 mAh supaya Note 3 tahan lebih lama. Contohnya, video boleh dimainkan empat jam lebih lama iaitu peningkatan kira-kira 40 peratus.
SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY NOTE 3:
Harga: RM2,399
Rangkaian: 2.5G (GSM/ GPRS/ EDGE): 850 / 900 / 1800 / 1900 MHz, 3G (HSPA+ 42Mbps): 850 / 900 / 1900 / 2100 MHz, 4G (LTE Cat 4 150/50Mbps)
Pemprosesan: 1.9 GHz Octa Core Processor ( A15 1.9 GHz + A7 1.3 GHz)
Paparan: 5.7 inci Full HD Super AMOLED (1920 x 1080)
OS: Android 4.3 (Jelly Bean)
Kamera: 13MP
Sambungan: WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (HT80), GPS / GLONASS, NFC,† Bluetooth(R) v 4.0 (LE)Memori: 32GB
RAM: 3GB
Dimensi: 151.2 x 79.2 x 8.3mm
Berat: 168g
Bateri: 3,200mAh
No comments:
Post a Comment