Menceritakan detik manis itu, Hairi atau Mohd Hairi Safwan Aznan yang berada di negeri Perlis untuk persembahan teater Nyonya Cantik telah singgah sebentar untuk solat Zohor dan selesai solat terdetik di hatinya untuk berdoa agar dipertemukan jodoh dengan wanita yang mampu menjaga keperibadian diri.
Doa yang turut didengari temannya ketika itu termakbul bila mana seorang wanita yang sangat seksi melintas di hadapannya namun matanya telah dicuri dengan padangan seorang muslimah yang begitu cantik walaupun tidak seksi, dan pada saat itu Hairi mengetahui bahawa itulah jodohnya yang ditunjukkan Allah SWT.
"Ketika itu saya sedang makan selepas solat dan berdoa mengenai jodoh. Teman saya pun ketika itu dengar saya ada memohon kepada Allah SWT supaya dipertemukan dengan wanita yang aku lihat bukan dengan nafsu, aku akan kahwini dengan wanita itu.
"Ada seorang perempuan seksi dengan baju jarang melintas di depan saya tetapi pandangan saya dicuri dengan kesempurnaan seorang gadis yang amat cantik pada pandangan mata saya. Saya tahu dan yakin bahawa doa saya dimakbulkan Allah SWT dan di lah bakal isteri saya.
"Saya pergi kepadanya dan kami bertukar Facebook sebelum perkenalan kami bertambah rapat di laman sosial itu. Malam itu juga saya hubungi dia dan bertanya sama ada dia sudah punya teman lelaki atau tidak.
"Dia jawab belum. Masa tu juga saya cakap pada dia, mulai hari ini saya adalah teman lelaki dia. Dia kata saya gelojoh. Kemudian saya jumpa dia, saya berikan senaskah Al-Quran dan terus luahkan hasrat saya untuk bertunang dengan dia.
"Saya bagi Al-Quran tu suruh dia baca dan habiskan sebelum hari nikah kami nanti,"cerita Hairi yang telah mengikat tali pertunangan dengan gadis yang juga merupakan guru sekolah rendah dan anak kepada editor majalah Kuntum, Asma Saad.
Bermula daripada pertemuan itu pada awal tahun ini mereka telah bersetuju untuk mengikat tali pertunangan pada pertengahan Ogos lepas, beberapa hari selepas menyambut hari raya Aidilfitri. Hairi juga memberitahu rakan media bahawa tunangnya itu seorang yang pandai mengambil hati orang tua.
"Bapa saudara saya ada berpesan, kalau seorang perempuan itu pandai mengambil hati orang tua, ia calon yang sesuai untuk dijadikan isteri. Masa saya bawa dia jumpa family saya, dia pandai ambil hati mereka.
"Walaupun umurnya masih muda tapi pemikiran dia matang dan dia pandai kawal saya",tutur juara rancangan realiti Anak Wayang itu yang ditemui ketika sidang media Liga Lawak Superstar, rancangan terbaru yang bakal disiarkan di TV3 menampilkan Hairi antara peserta rancangan itu.
No comments:
Post a Comment