Follow Pena Hiburan

Awas!!! Syiah Mula Sebar Ajaran Di Taska Dan Tadika

Gambar Hiasan
  Ipoh: Pengikut dan pendukung kuat ajaran Syiah yang diharamkan di negara ini dikesan cuba menyebarkan fahaman itu kepada golongan kanak-kanak terutama kepada mereka yang masih belajar di peringkat pra-sekolah atau tadika.
Taktik halus menyebarkan ajaran Syiah itu dikesan Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang mendapati ada pihak yang cuba menyebarkannya ke beberapa sekolah atau tadika di Lembah Klang.


Ketua ISMA Mohamad Ismail berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati terdapat 13 tadika berorientasikan pendidikan Islam di sekitar Lembah Klang dikenal pasti menerapkan fahaman Syiah pada kanak-kanak.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga mengesan sekolah tahfiz dan agama di beberapa negeri termasuk Perak dan Johor dipergunakan bagi menyebarkan unsur fahaman Syiah.

“Saya rasa tindakan (menangani Syiah) belum cukup kuat, jadi saya seru semua pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan dan penguatkuasaan lebih tegas. Kita nak menuju ke jalan Allah, dia bawa kita ke jalan lain.

“Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan (sebelum ini), Syiah ini senyap sekejap, tetapi tetap bergerak walaupun diam dan tidak menentang sangat,” jelasnya selepas memberi penerangan Penularan dan Bahaya Fahaman Syiah pada program Hari Pengajian Pegawai Peringkat 2 Briged di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) Kem Gunung Panjang, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment