Follow Pena Hiburan

Fouziah Gous Umumkan Tarikh Pernikahan


Setelah 3 bulan menunggu, akhirnya Fauziah Gous mengumumkan  untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama Md Zhafran pada 21 September ini bertempat di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong


Bercakap menerusi sidang media khas yang diadakan di Sri Kembangan, Selangor petang tadi, Fauziah memaklumkan bahawa majlis bersejarah itu akan dihadiri oleh semua ahli keluarga mereka dan akui telah memilih tarikh bersejarah itu sejak tiga minggu lalu.
Majlis akad nikah kami akan diadakan minggu depan, jam 8 malam di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Kami memilih 21 September itu sebab semua ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak ada pada hari itu nanti.

Sebenarnya, adik Zhafran yang belajar di United Kingdom terpaksa pulang ke London pada 22 haribulan. Oleh kerana kami nak semua ada pada hari itu, jadi kami pilih tarikh tersebut. Kami memilih tarikh perkahwinan ini sejak tiga minggu lalu.

Memandangkan aktres jelita tersebut mempunyai darah kacukan Cina dan Pakistan, maka Fouziah telah memutuskan untuk memilih konsep tradisi Pakistan sebagai tema rasmi resepsi perkahwinan mereka, manakala untuk belah pengantin lelaki, Zhafran lebih selesa untuk memilih konsep Songket Tradisional.

Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.W Marriot, Putrajaya, manakala untuk keluarga lelaki pula akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga Zhafran sendiri di Bukit Jelutong, Shah Alam.

sumber: ohbulan

No comments:

Post a Comment