Follow Pena Hiburan

Alang Beez Dan Fatien Afiqah Putus?


Pasangan pelajar hot bercinta Alang dan Fatien Afiqah yang memuatnaik beberapa video menunjukkan betapa hangat cinta mereka yang dikecam hebat dalam laman sosial Facebook.
Tidak cukup dengan video Alang membuat luahan cinta ala gwiyomi, mereka muncul juga dengan video berpeluk-peluk di satu lokasi dipercayai taman bunga sambil si Alang mencium manja pipi kekasihnya Fatien tanpa segan silu sehinggakan blogger Mazidul Akmal turut berkongsi foto perbualan mereka di Facebook yang berunsur lucah tetapi mereka berdua seperti bangga memaparkannya kepada orang ramai.

Artikel Terdahulu:


Apa yang mengejutkan Kanda Dinda, pasangan kekasih yang saling mencintai ini telah dikatakan putus apabila Alang menukar status perhubungan perkahwinan dari Fatien Afiqah kepada Nurul Aina. Siapakah Nurul Aina?


Walau bagaimanapun, Kanda Dinda tetap beranggapan bahawa mereka sengaja membuat demikian agar ianya mampu meredakan keadaan setelah berhari hari mereka dikecam teruk di facebook.

Apa yang membuatkan Kanda Dinda beranggapan berdasarkan tiada perubahan pada profile timeline Alang Dan Fatien Afiqah dan mereka masih menggunakan Hanyaafiqah dan Hanyaalang lagi



 Hal ini dikuatkan lagi apabila Alang "LIKE" status Fatien.


Jadi sejauh manakah kebenaran yang Alang Beez dan Fatien Afiqah telah putus hanya boleh ditentukan mereka berdua sahaja.

Kanda Dinda ingin berpesan kepada semua yang diluar sana, "bercinta itu tidak salah" tapi biarlah betul caranya dan sebaik baik percintaan adalah bercinta selepas nikah.

1 comment: