Follow Pena Hiburan

Hanez Suraya: Sekadar Kawan, Enggan Dedahkan Identiti Lelaki Misteri


Minggu lepas kita digemparkan dengan 2 keping foto aksi Hanez Suraya bersama seorang jejaka misteri berdasarkan artikel
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Hanez Suraya mengakui gambar itu diambil baru baru ini ketika menjayakan program Cool terbitan RTM & lelaki itu datang pada hari terakhir pengambaran sebagai kejutan buat dirinya dan bukannya bercuti bersama.

“Dia kawan saya dan saya enggan mendedahkan lebih lanjut identitinya. Dia bukan orang dalam industri dan kami berkenalan melalui kawan. Bukan mahu berahsia tapi akibat keterbukaan saya sebelum ini telah memakan diri sendiri, jadi saya memilih untuk tidak berkongsi atau perbesarkan perkara ini. Cukup orang tahu kami sedang mengenali hati budi masing-masing”

Hanez Suraya turut mengakui yang beliau masih terluka akibat putus cinta dengan Awi Rafael tetapi tidak menolak kemungkinan untuk memberi peluang kepada lelaki lain untuk muncul dalam hidupnya kalau benar benar serius.

“Apabila saya benar-benar sudah bersedia saya akan berkongsi dengan peminat saya. Buat masa sekarang, kami sering keluar bersama-sama dan doakan yang terbaik untuk kami,” tambah Hanez Suraya lagi yang turut mengakui lelaki itu sangat romantik orangnya.

sumber: roti-kaya

No comments:

Post a Comment