Pengajaran dan
peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan
hubungan terlarang sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di
rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14
tahun.
Lebih
mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan
lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis
berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan hubungan terlarang di rumah
teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila
ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan terlarang dengannya.
“Lokasinya juga
tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya
saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki
apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Azy berkata, sejak mengenali hubungan terlarang pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan
menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,”
katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Walaupun sering
bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui
tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung
hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
“Sejak pertama
kali tahu mengenai hubungan terlarang, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah
hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu
seronok melakukannya,” katanya.
Menurut Azy,
sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam
gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh
kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan
berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan
berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami
tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat
bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar
lain,” katanya.
Menurut Azy, dia
disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu
mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di
rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.
Mengakui terkenal
sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh
hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang
dan menonton cerita l u c a h dengan rakan lain.
“Asalnya, saya
bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah.
Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
“Ada antara kami
mengaku pernah melakukan hubungan terlarang dan mengajak rakan lain mencubanya.
Bermula daripada situ, kami belajar mengenai hubungan terlarang selain kerap bertukar
video l u c a h,” katanya.
Laili Qalid (bukan
nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama
melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga
berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di
ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun,
bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang
terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk
rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.
“Saya hampir tidak
sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut
kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong
tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan tahu
perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah
hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak sangka
keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan
terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup,
malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,”
katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu
sumber: harian metro
sumber: harian metro
No comments:
Post a Comment