Menteri
Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau turut menghadiri
konsert itu tetapi tidak pula melihat mana-mana orang menganjurkan pesta liar selepas konsert selesai.
Ketua
Pemuda Umno meminta Pemuda PAS lebih berlapang dada terhadap
penganjuran konsert, seperti yang menampilkan kumpulan rock Metallica
pada minggu lepas.
Katanya,
Pemuda PAS tidak seharusnya membuat kesimpulan terburu-buru bahawa ia
adalah gaya hidup yang mementingkan keseronokan semata-mata.
Menurutnya
beliau turut menghadiri konsert itu tetapi tidak pula melihat mana-mana
orang menganjurkan pesta liar selepas konsert selesai.
"Kata PAS, konsert begini akan menjurus kepada hedonisme atau pesta seks kemudiannya.
"Tapi
selepas jam 11 malam, kebanyakan pengunjung konsert itu yang
kebanyakannya individu pertengahan usia yang turut membawa isteri mereka
ke konsert, memandu kereta mereka dan terus pulang ke rumah," katanya.
Menurutnya,
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan juga hadir ke konsert itu tetapi
berada di luar stadium untuk membantah penganjuran konsert tersebut.
Beliau
berkata demikian sewaktu diminta peserta Sidang Kemuncak Pemimpin
Pelajar Malaysia ketujuh untuk mengulas tentang penganjuran konsert
seperti konsert K-pop yang didakwa cenderung kepada gaya hidup bersifat
hedonistik.
No comments:
Post a Comment