KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2013: Saranan daripada bekas suami dan bakal suami supaya tidak memanjangkan kes untuk menyaman sebuah portal hiburan yang dianggap telah memalukan dirinya kepada pihak umum apabila menggunakan perkataan yang mencarut telah membuatkan Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, membatalkan hasrat tersebut dengan serta-merta.
Bukan setakat itu, portal hiburan terbabit juga turut menyiarkan gambar dirinya yang sedang mendukung seorang bayi (cucunya) sambil sebatang gula-gual candy berupa rokok diletakkan pada mulut bayi tersebut. Gambar tersebut telah mengundang reaksi negatif daripada banyak pihak dan kapsyen yang ditulis pada gambar itu juga dianggap cukup menghina Raja Azmi, seolah-olah menuduh Raja Azmi memang memberikan rokok kepada cucunya itu.
Artikel Berkaitan:
''Memang kalau ikutkan hati saya memang nak saman sahaja portal hiburan itu. Cara mereka menyiarkan gambar itu dengan menulis 'WTF Raja Azmi' seolah-olah menghina saya. Semua orang pun tahu apa maksud WTF itu kan?
"Disebabkan kapsyen sedemikian ia mengundang rasa kurang senang pada saya dan mereka melabel saya dengan tajuk yang mencarut, itu merupakan satu penghinaan kepada saya. Saya tak tahu agenda sebenar mereka di sebalik penyiaran gambar tersebut.
"Tetapi bekas suami, Jailani yang diberitahu oleh anak-anak menghubungi saya supaya tidak menyaman dan memanjangkan hal ini. Bakal suami juga sama menasihati saya supaya tidak meneruskan hasrat saya itu kerana kami ada agenda yang lebih penting daripada isu yang sengaja diperbesarkan oleh portal tersebut
"Yang pasti saya tidak akan mengundang mereka untuk hadir pada majlis pernikahan saya tidak lama lagi,"ucap Raja Azmi yang menarik balik niatnya untuk menyaman seperti yang disarankan bekas suami serta bakal suaminya itu.
Raja Azmi juga menyifatkan portal hiburan itu kurang sopan dan sengaja mahu mengambil kesempatan atas gambar yang diletakkan di Instagramnya itu walaupun padanya ia sekadar gambar candid. Dia menjelaskan kepada portal Murai tentang niat sebenarnya memuatnaik gambar itu.
"Saya telah pun memadamkan gambar itu di Instagram saya kerana tidak mahu ia dikomen oleh mereka yang tidak tahu niat sebenar saya mengambil gambar itu. Bayi itu memang cucu saya dan rokok yang diletakkan di mulut itu adalah gula-gula yang berupa sebatang rokok.
"Ia bukan rokok betul dan jelas kelihatan tiada sebarang asap rokok di dalam gambar itu. Takkan lah saya tak tahu samada gambar itu wajar untuk diletakkan di dalam Instagram. Saya sendiri telah meletakkan tajuk candid di situ atas niat untuk berjenaka.
"Terpulanglah kepada mereka di luar sana nak cakap apa kerana niat saya bukanlah nak mengajar cucu saya merokok. Keluarga saya pun tahu apa sebenarnya yang berlaku,"tambahnya lagi yang nyata kesal dengan tindakan portal tersebut.
sumber: murai
No comments:
Post a Comment