Follow Pena Hiburan

Rozita Che Wan: Bukan Saya Punya

 
Baru-baru ini kecoh mengenai baju d-a-l-a-m merah didakwa milik Rozita Che Wan yang dijual di internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Yang kelakarnya, baju d-a-l-a-m itu dipercayai dikutip oleh kru produksi selepas selesai sesi penggambaran sebuah drama.



Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta bagaimanapun langsung tidak melatah dengan isu berkenaan sebaliknya hanya tergelak sebaik mendapat tahu mengenai perkara itu.

Saya tidak rasa malu sebab baju d-a-l-a-m itu bukan saya punya. Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara ini. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. – Dipetik dari Kosmo Online
Malah Che Ta dalam nada berseloroh menyatakan lebih baik dia membuka perniagaan dan lariskan produk sendiri supaya orang tidak menggunakan namanya.

Dulu isu k-o-r-s-e-t, sekarang baju dalam pula. Kalau macam ni saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan. Lagi bagus, tidak perlulah orang guna nama saya lagi.
Namun tidak dapat dinafikan bahawa pelakon yang bakal berkahwin sekali lagi pada hujung tahun ini kecewa kerana ada pihak yang sanggup menggunakan namanya untuk tujuan yang salah.
Sebelum ini ada orang jual nama saya kononnya saya guna k-o-r-s-e-t berjenama yang mahal sedangkan saya langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut. Bab barang yang ada jenama ini, kalau mereka menggunakan nama saya, saya agak sensitif kerana mereka telah menipu pelanggan dan peminat saya.
Untuk makluman anda, Che Ta masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan sehinggalah Oktober nanti.

Dalam masa yang sama, ibu kepada dua anak ini sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak-anaknya yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi.
sumber:ohbulan

No comments:

Post a Comment