Follow Pena Hiburan

Sah Isteri Kedua Asyraf Muslim Mengandung


Desas desus mengatakan Isteri Kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah Kini Hamil 6 Minggu. menampakkan kebenaran. Sebelum ini kecoh tentang gambar Wan Sakinah menerusi akaun Instagramnya. Gambar tersebut telah menimbulkan persoalan tentang status kehamilan dirinya.

Hari ini menerusi Metro Ahad, dimaklumkan bahawa kehamilan Wan Sakinah sudah pun mencecah 6 minggu. Pada awal kehamilan, Wan Sakinah mengalami alahan yang teruk. Sakit kepala, muntah dan tak lalu nak makan. Malah Wan Sakinah tidak boleh makan makanan barat seperti burger, sehinggakan bau pun boleh rasa loya. Namun kalau nasi lemak memang berselera dibuatnya.

Nampaknya hasrat Ashraf Muslim ingin bergelar ayah akan tercapai tidak lama lagi. Jagalah isteri dan kandungan sebaik mungkin lebih-lebih di trimester pertama ini. Kalau boleh jangan buat kerja keras. Banyakkan berehat.

sumber - beautifulnara

No comments:

Post a Comment