Follow Pena Hiburan

Sharifah Sofia Selamat Lahirkan Anak Perempuan Kedua Sabtu Lepas


Minggu lepas, Pena Hiburan kongsikan kepada anda semua foto anak perempuan Rabecca Nur Al Islam, minggu ni pula kami akan kongsikan gambar anak Sharifah Sofia yang selamat melahirkan anak kedua.

Artikel Berkaitan:

Menerusi status laman sosial yang dikongsikan, Sofia difahamkan telah selamat melahirkan puteri keduanya itu pada 21 September lalu sekitar jam 1.30 pagi.


 Meskipun masih berada dalam keadaan pantang, nampaknya Sofia masih lagi sempat berkongsi beberapa foto comel bayi keduanya bersama pengikut laman sosial dan rata-ratanya melahirkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata yang cukup sempurna itu.

Merujuk perbualan antara pelakon tersebut dengan Catriona Ross, Sofia turut memaklumkan bahawa bayi comel tersebut masih belum diberikan nama dan masih mencari nama yang sesuai buat puteri keduanya.

Sebagai rujukan, Sharifah Sofia telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 19 Oktober 2009. Sebelum ini pasangan tersebut telah dikurniakan puteri sulung, Sharifah Ariana pada April 2011.













 sumber: ohbulan

No comments:

Post a Comment