Follow Pena Hiburan

Amir Jahari Sah Bergelar Suami


Tiada angin tiada ribut, sebentar tadi, kami telah dimaklumkan bahawa pelantun lagu Gelisah iaitu Amir Jahari telah melangsungkan perkahwinannya bersama gadis pilihan, Kartini Binti Sulaiman.

Dengan sekali lafaz tepat pada jam 9.00 pagi tadi, Amir dan Kartini yang berwalikan ayahnya telah dinikahkan di majlis yang berlangsung di Penview Hotel, Kuching, Sarawak dengan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas.

Hanya mengadakan majlis secara ringkas, tiada dulang hantaran yang diberikan antara dua pihak. Hanya wang hantaran berjumlah RM10 ribu sahaja yang diberikan dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Manakala mekap dan busana pernikahan serta resepsi telah ditaja oleh Famee Abdullah Radzi.

Majlis resepsi kedua mempelai pula telah diadakan pada jam 11 tadi dan antara tetamu yang hadir termasuklah Aizat dan Amar Amdan, ahli keluarga kedua belah pengantin serta rakan terdekat Amir Jahari.

Dalam pada itu, Amir memberitahu bahawa selepas ini dia dan isterinya bakal ke Sabah untuk berbulan madu. Tahniah diucapkan pada mereka berdua. Semoga bahagia ke hujung hayat.
Lagi beberapa keping foto dibawah dari Instagram Joe Lee, pengurus Amir Jahari.


sumber: ohbulan

No comments:

Post a Comment