Follow Pena Hiburan

Ashraf Muslim Buat Majlis Resepsi Di Ipoh Perak, Walaupun Wan Sakinah Mengandung

 
KL, 3 OKTOBER 2013: Tak lama dulu Murai Batu pernah beritahu korang semua yang isteri kedua kepada pelakon putih melepak Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah sudah pun berbadan dua.

Nampaknya khabar angin itu ternyata benar apabila Ashraf Muslim sendiri telah mengaku di dalam sebuah akhbar tempatan dan ternyata dia cukup gembira apabila menerima berita berkenaan.

Dalam pada sibuk menghitung hari menerima cahaya mata, Murai Batu dikhabarkan pula dengan cerita mengenai persiapan majlis persandingan Ashraf Muslim dan isteri barunya itu tidak lama lagi.

Amboi bukan main lagi. Siap nak bersanding lagi. Ingatkan bila sudah timbulnya kontroversi seperti ini, Ashraf Muslim mengambil keputusan untuk melangsungkan secara bersederhana sahaja.

Tak mengapalah mungkin ada rezeki lebih. Jadi apa salahnya benda yang baik dihebahkan kepada orang ramai. Murai Batu difahamkan, majlis berkenaan bakal diadakan pada bulan November ini di Ipoh perak di sebuah dewan.

Khabarnya juga pelbagai persiapan sudahpun dijalankan termasuk baju pengantin dan juga pelamin yang bakal disediakan oleh sebuah perancang perkahwinan terkenal. Murai Batu dapat bayangkan , bagaimana sebuah dewan yang kosong dan ringkas bakal berubah menjadi sebuah ruangan serba indah untuk majlis persandingan itu nanti.

Tak sabar rasanya Murai Batu nak terima kad undangan persandingan Ashraf dan Wan Sakinah. Pasti gempar punya dan ramai pihak media yang akan hadir ke majlis berkenaan. Walau apapun Murai Batu harap khabar angin yang Murai Batu dengar ini bukanlah omongan kosong semata-mata. Tak sabar rasanya.

Murai Batu: Patah tumbuh hilang berganti. Sesuatu yang indah tidak akan kekal selama-lamanya.

sumber: murai.com

No comments:

Post a Comment