Follow Pena Hiburan

Berkhemah Depan Mesin ATM

Gara-gara mesin ATM rosak, seorang pekerja di Shenzhen China yang bernama Mr. Mao sanggup berkhemah di hadapan mesin ATM tersebut setelah wang yang dimasukkanya ke dalam akaun gagal.


Alkisahnya, Mr. Mao memasukkan 7,000 yuan (sekitar RM3,500) wang hasil kerja kerasnya ke mesin ATM tersebut tetapi mesin mengeluarkan semula kadnya dan skrin menunjukkan “Out of Order”.

Untuk kepastian, dia kemudian menyemak akaun banknya di mesin ATM yang lain yang kebetulan berada di sebelah mesin yang rosak itu dan mendapati wang belum dimasukkan ke akaunnya.

Kerana khuatir duitnya yang belum dimasukkan ke akaunnya itu diambil orang, dia menghubungi keluarganya meminta mereka membawa tempat tidur mudah alih untuk dia tidur di depan mesin ATM itu.

Keesokan paginya, pekerja bank memeriksa dan mendapati mesin tersebut rosak dan wang Mao pun dikembalikan.

Dalam kejadian lain, seorang lelak terperangkap di salah sebuah tempat mengeluarkan wang. Setelah mati punca untuk keluar dari bangunan tersebut, beliau tekad memecahkan cermin pintu di Rusia

Tonton video berikut

Tak dapat buka video ini sila >>> KLIK SINI <<<

No comments:

Post a Comment