“Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan selebriti tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja”
“Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri tambahan pula ibu, bapa & kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal”
Dalam perkembangan sama, kata Fahrin Ahmad beliau kini masih sendirian dan selesa dengan kehidupan itu selepas keinginan untuk berkahwin semakin terhakis.
“Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin & jangan tunggu usia sudah mencecah 30′an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga.
“Apabila usia semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita dan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun kata Fahrin Ahmad lagi, itu bukan bererti beliau tidak mahu berkahwin sebaliknya sudah berusaha mencari calon isteri namun jodoh masih belum menyebelahinya buat masa ini.
sumber: rotikaya
No comments:
Post a Comment