Pelakon seksi Indonesia, Nikita Mirzani,
27, yang gemar bertatu selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya,
Sajad Ukra, 37, Jumaat lalu.
Mengulas tentang harapannya terhadap
perkahwinan tersebut, bintang filem Nenek Gayung itu menyatakan dia
berharap Sujad mampu membimbingnya menjadi seseorang yang lebih baik.
Hal ini kerana Sujad sudah bergelar ‘haji’ dan khatam al-Quran.
“Dia sudah (pernah) naik haji.
Dia khatam Al Quran lima kali, orangnya juga humble,” ucap Nikita yang
tidak dapat menyembunyikan air mata terharu sejurus sah bergelar isteri.
Mjalis pernikahannya berlangsung di Rumah Ranadi, Jeruk Purut, Jakarta Selatan.
Nikita sebelum ini sudah pernah
berkahwin ketika berusia 21 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan
namun berakhir dengan perceraian.
sumber: mynewshub
No comments:
Post a Comment