Pasangan ini sepakat mengikat tali pertunangan pada bulan Ramadhan yang lalu, 15 Julai 2013 setelah saling mengenali antara mereka awal tahun ini.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Raja Azmi mahupun suaminya itu.
Sebelum ini Raja Azmi pernah mendirikan rumahtangga bersama Jailani Sidek dan bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dianugerahkan 3 orang anak.
Pengantin perempuan mengenakan busana bewarna krim rekaan Variante. Manakala pakaian pengantin lelaki bewarna maroon dari Kose Serani.
Pasangan ini telah diijab kabulkan oleh Mejar Bersara, Hj Ismail Wan Ahmad dengan berwalikan abang sulung Raja Azmi, Raja Azman serta bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin dan menantunya Mohammad Shadan Hashim.
Majlis ini dihadiri kira-kira 800 tetamu.
Terdahulu pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang mengandungi sebuah Al-Quran, mas kahwin RM300 dan gelang tangan emas putih.
Berbalas dengan 3 dulang hantaran berupa manisan seperti coklat, cookies, dan jeli dari pihak pengantin perempuan. Tahniah buat pasangan pengantin baru ini semoga kekal selamanya.
sumber: Rotikaya
No comments:
Post a Comment