Follow Pena Hiburan

Zubir Bipop Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Ummi Nazeera, Yang Lain Jangan Menyibuk

Wartawan hiburan sensasi, Zubir Yunus akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktres Ummi Nazeera.
 
Ucapan maafnya itu dipaparkan menerusi artikel Zubir dalam akhbar sisipan Berita Minggu, BiPop, hari ini.
“Zubir mohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas penerbitan gosip berkenaan. Apabila Ummi sudah menafikannya menerusi Twitter, Zubir anggap gosip berkenaan sekadar khabar angin yang sengaja dicipta atau direka pihak tidak bertanggung jawab untuk memanaskan lagi isu pernikahan Aeril-Wawa. Harap pihak lain tidak menyibuk”!, ” katanya dalam artikel berkenaan.
Ummi yang kini masih lagi menuntut di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia menuntut penulis tersebut membuat permohonan maaf berikutan penulisan artikel yang mendakwa dirinya pernah berkahwin dengan Aeril Zafrel.
 
Menganggap artikel itu sebagai fitnah, Ummi sekali gus menjelaskan dalam laman Twitternya,“pertama sekali, saya tidak pernah bertemu Aeril secara berdepan. Perkara kedua, saya tidak pernah berkahwin. Saya tidak pernah bertemu dia (Aeril) di lokasi (filem) Penanggal dan saya tidak pernah menjalin hubungan atau keluar dengannya”.
Gosip mengatakan Ummi dan Aeril pernah bernikah turut dikuatkan dengan penghijrahan Ummi yang kini sedang mendalami ilmu agama seperti mana juga Aeril.
Namun, Ummi menafikan perkara tersebut dengan menjelaskan dia tidak perlu berubah ke arah yang lebih baik disebabkan seorang lelaki, sebaliknya itu adalah tuntutan agama yang perlu dipatuhi olehnya sebagai seorang Muslimah.

No comments:

Post a Comment