Follow Pena Hiburan

Tiket Persembahan Khas Anuar Zain Mencecah RM1,380


Mungkin kerana trend terkini dalam suasana kenaikan harga barangan yang tidak diduga, Anuar Zain turut menaikkan harga tiket maksimum untuk menyaksikan persembahan beliau dari RM698 ke RM1,380. Kenaikan hampir sekali ganda dari tiket persembahan pada tahun sebelumnya.

Jika anda masih ingat, Ketika konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Shah Alam sekitar Februari 2013, penyanyi ini menetapkan harga tiket konsertnya daripada RM88 sehingga RM698.

Namun untuk sambutan hangat minggu setiausaha, menerusi persembahan khas ‘Terindah… Anuar Zain’ yang bakal berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya pada 8 April ini harga tiket akan bermula dari RM480 sehingga RM1,380.


Anuar Zain bagaimana pun mempertahankan harga tiket persembahan beliau dengan berkata ianya berpatutan dengan apa yang akan diterima oleh para peminat yang hadir nanti.

“Harga itu berpatutan dan berbaloi kerana ianya merangkumi makanan, door gift, kualiti persembahan dan memberi peluang kepada para peminat untuk mendekati diri saya”

“Kita juga menjanjikan susunan muzik yang lebih segar dan mantap bersesuaian dengan tema majlis iaitu ‘Terindah’. Ia hadiah ikhlas dari saya kepada peminat yang bakal hadir nanti,” katanya.

Penyanyi ini juga berkata menerusi mStar Online hari ini yang beliau telah menolak lima tawaran persembahan untuk memberikan perhatian kepada persembahan khas minggu setiausaha ini.

Tiket tiket ke persembahan Anuar Zain ini akan mula dijual pada 7 Februari ini dan jika anda berminat boleh melayari www.ticketcharge.com.my.

sumber: rotikaya.com

No comments:

Post a Comment