Tahniah diucapkan buat vokalis kumpulan Kristal, Lan yang akan
menimang cahaya mata lelaki pada bulan Julai ini. Isteri Lan, Shila
telah disahkan mengandung dan usia kandungannya itu sudah mencecah
hampir lima bulan.
Sebelum ini, mereka sudah pun mengetahui tentang berita tersebut tetapi belum bersedia untuk berkongsi tentangnya dengan umum.
"Sebelum ini, hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang tahu tentang
perkara ini. Tetapi selepas doktor mengesahkan jantinanya lelaki,
barulah kami rasa selesa untuk berkongsi. Lan juga hampir melompat di
dalam bilik doktor sebaik sahaja mendapat tahu anak yang bakal
dilahirkan ini lelaki.
"Tetapi mengandung kali ini, saya mengalami alahan yang cukup teruk.
Saya sentiasa muntah setiap kali makan dan tidak boleh memakai sebarang
alat solek selain tidak boleh menghidu apa jua jenis pewangi atau pun
pembersih rumah. Apa pun, kini Lan sedang gigih mencari nama anak lelaki
yang ada empat huruf," kata isteri Lan, Shila ketika dihubungi pagi tadi.
Untuk makluman, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5
Disember 2009 dan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang
masing-masing berusia tiga tahun lebih dan setahun lebih.
Sumber: mediahiburan
No comments:
Post a Comment