Follow Pena Hiburan
Adam AF Tidak Kisah Orang Pertikal Kebolehannya Dalam Perubatan Islam
Adam AF tidak Kisah Orang Pertikai Kebolehannya | Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, menganggap tuduhan sesetengah pihak kononnya dia masih menerima undangan nyanyian walaupun kini bergelar pengamal perubatan Islam adalah tidak berasas.Sejak kedatangan 2014 dia tidak lagi menerima sebarang undangan nyanyian sebaliknya hanya menfokuskan kepada tugas baharunya itu.
"Mungkin pihak tersebut salah faham kerana saya sudah lama tidak menerima undangan nyanyian kerana menfokuskan kepada bidang perubatan Islam buat masa ini.
"Tuduhan itu tidak berasas dan berkemungkinan besar ia cerita lama yang ingin disensasikan pihak tertentu," katanya lagi.
Dalam perkembangan sama, Adam berkata, adalah tidak adil untuk pihak lain terus menghukumnya tanpa mengetahui cerita sebenar dan mempertikaikan kredibilitinya hanya kerana dia bergelar anak seni.
"Perubahan yang saya lakukan bukan secara drastik dan masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dan dalami untuk menjadi seorang muslim yang baik," katanya.
Sementara itu, Adam berkata, dia juga tidak kisah apabila ada pihak yang mempertikaikan kebolehan dan pengetahuannya dalam bidang perubatan Islam kerana yakin dia berada di landasan yang betul.
Jelas Adam, kemampuannya dalam bidang tersebut bukan datang sekelip mata sebaliknya menerusi pemahaman dan pembelajaran berterusan.
"Apa yang saya lakukan sekarang adalah dengan izin Allah dengan niat untuk membantu sesiapa yang mempunyai masalah dan cakap-cakap dibelakang saya tidak pandang terlalu serius," ujarnya.
Dalam pada itu, Adam berkata, buat masa ini dia tidak berhasrat untuk meninggalkan terus dunia nyanyian sebaliknya ingin muncul dengan lagu-lagu kerohanian.
Kata Adam, dia bercadang untuk mengekalkan konsep rancak dalam lagu-lagu itu nanti dalam menarik minat masyarakat terutama golongan muda.
Sumber: tambahkicap.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment