Follow Pena Hiburan

Khairul Fahmi Che Mat Kongsi Gambar Anak


Seperti yang sedia maklum, Isnin lalu Leuniey Natasha selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 2.75kg pada jam 3 petang di salah sebuah hospital yang swasta. Penjaga gol pasukan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang merupakan suaminya turut bergembira dengan kahadiran  orang baru

Melalui laman instagram milik Apek, Apek dilhat turut berkongsi detik detik manis kedatangan orang baru dalam hidupnya. Menurut Apek, beliau menyifatkan tiada yang lebih bermakna selain bergelar seorang bapa jika dibandingkan kegembiraan memenangi kejuaraan dalam sukan yang diceburinya.

“Ini salah satu tanggungjawab baru untuk saya menghadapinya, namun ia bukan halangan kepada saya untuk meningkatkan prestasi yang ada sekarang, malah ia merupakan batu loncatan kepada saya untuk bahagikan masa dengan lebih baik selepas ini,” katanya mengakui kehadiran cahaya mata ini mendidik dirinya untuk menjadi lebih berdisiplin.

Buat tatapan semua, kami sertakan beberapa keping gambar untuk anda.

PENAHIBURAN: Tahniah buat Apek dan Leuniey Natasha.








Sumber: tambahkicap.com

No comments:

Post a Comment