Tahniah diucapkan kepada Anne Ngasri kerana telah selamat melahirkan
seorang bayi lelaki seberat 3.4 kilogram semalam. Bayi ini ialah anak
keempat Anne dan anak pertama hasil perkahwinan dengan seorang ahli
politik bernama Mohd Sumali Reduan.
Secara umumnya ini merupakan cahaya mata pertama mereka dan untuk
makluman, Anne Ngasri dan Sumali telah bernikah pada 22 Disember tahun
lalu.
Sebelum ini Anne pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26
Mei 2006 dan disahkan bercerai dengan talak tiga pada Jun 2010. Hasil
perkongsian tersebut mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata
iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.
Dalam perkembangan lain berkenaan Anne, nampaknya dia mula bergiat
aktif dalam bidang politik apabila terpilih sebagai Ketua Puteri UMNO
cawangan Dataran Merdeka. Nampaknya impian Anne untuk memiliki anak
dengan Sumali terkabul jua.
Pasangan Mohd Sumali dan Anne telah bernikah pada 23 Disember 2012. Kredit gambar Instagram Anne Ngasri.
No comments:
Post a Comment