Pelakon Fouziah Gous mengakui
terpaksa melangar pantang larang untuk tidak bertemu tunangannya, Md
Zhafran Md Yusof kerana mahu membuat persiapan perkahwinan mereka yang
bakal berlangsung pada 21 September ini. Fouziah, 30, berkata, kedua-dua
mereka perlu membuat persiapan majlis tersebut sendiri tanpa
menyusahkan pihak keluarga.
“Kalau ikutkan memang keluarga kami
tidak benarkan kami kerap bertemu selepas bertunang lagi, tapi banyak
perkara yang perlu diselesaikan untuk persiapan majlis nanti.
“Sekarang keluarga saya sedang sibuk
dengan urusan kerja, mereka minta saya melangsungkan perkahwinan pada
hujung tahun supaya mereka boleh bantu, tapi keluarga Zaf pula mahu
majlis dijalankan awal, jadi mahu atau tidak saya terpaksa buat semuanya
sendiri,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, kata Fouziah, mereka akan
cuba untuk tidak bertemu seminggu sebelum majlis pernikahan
berlangsung. Sementara itu, ditanya mengenai tunangnya yang sering
kelihatan di lokasi penggambaran dan majlis-majlis yang melibatkan
aktres tersebut, Fouziah berkata, hanya itu sahaja masa untuk mereka
bertemu.
Artikel berkaitan:
“Saya tidak ada masa untuk keluar dating seperti orang lain, jadi dia akan datang jumpa saya selepas dia habis bekerja.
“Sebab itu mungkin orang nampak dia selalu bersama saya kerana itu sahaja masa kami untuk berjumpa,” katanya.
Jelasnya, dengan cara tersebut juga
sedikit sebanyak mampu memberi pendedahan kepada bakal suaminya itu
terhadap bidang kerjaya sebagai selebriti. Pasangan yang mengikat tali
pertunangan pada 1 Jun lalu akan melangsungkan pernikahan pada 21
September ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam.
Ia disusuli majlis kenduri dan
persandingan di sebelah pihak perempuan pada 29 September yang
dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis menyambut
menantu pula akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.
No comments:
Post a Comment