Muhammad Affandi Ismail Pegawai Vaterinar |
Pegawai veterinar yang berdepan tuduhan membelasah isterinya di dalam lif pada bulan lalu, menyatakan dia masih menyayangi wanita tersebut dan mahu keluarganya hidup bahagia.
''Saya sayang isteri dan keluarga mentua janganlah robohkan masjid yang sudah dibina,''
kata Muhammad Affandi Ismail, 36, dari dalam keretanya kepada pemberita
selepas selesai prosiding kes itu di Mahkamah Majistret di sini hari
ini.
Majistret Nur Zafirah
Mohamed Ali sebelum itu menetapkan 22 Oktober ini sebutan semula kes
terhadap tertuduh yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke
atas isterinya yang berusia 36 tahun dalam lif di Hospital KPJ, Bandar
Perda di sini, pada pukul 4 petang, 12 Ogos lalu.
Lelaki itu didakwa
mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Tersenyum Bangga Tanpa Rasa Bersalah |
Muhammad Affandi diwakili peguam Suhaila Saad manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.
Nama isteri tertuduh dirahsiakan kerana berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah.
Pada 12 Ogos lalu,
pengguna internet di negara ini digemparkan dengan rakaman video
sepanjang 2.20 minit yang memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah
teruk oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing
berusia empat dan lima tahun di dalam sebuah lif dikongsi melalui akaun
Facebook.
Gambar Rakaman Video |
Video Penuh
No comments:
Post a Comment