PENDAKWAH Bebas Tuan Asmawi Tuan Umar hari ini menegur kelakuan Siti Aisya Adam, isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang memaki seorang pengawal keselamatan 12 September lalu.
Dalam satu post di laman Facebook Tuan Asmawi Tuan Umar, beliau mengakui kasihan dan menyayat hati bila pengawal keselamatan itu Azman Mohd Nayan dimaki hamun oleh isteri Mat Yo dengan pelbagai kata cacian.
“Memang kasihan dan menyayat hati.. Bayangkan Pakcik ini bapa kita, datuk kita, terlalu jauh dari batas pertimbangan kemanusiaan tentang apa yang berlaku.. Si pelaku keganasan (isteri Mat Yo) mungkin terlupa pakcik ini mempunyai lima orang anak, mungkin juga cucunya ada.
“Apakah pula perasaan isteri Pakcik ini dek suaminya dalam tempoh mencari rezeki diperlakukan sedemikian.’Takziah’ buat isterinya dan Mat Yo juga,” katanya.
Artikel terdahulu:
- Mat Yo Tak Salah - Peminat Tegar << Klik Sini
- Pengawal Keselamatan Beri Penjelasan Berhubung Kes Tendang Oleh Isteri Mat Yo << Klik Sini
- Isteri Mat Yo Kurang Ajar << Klik Sini
- Isu Gelaran Anjing: Sah Mat Yo Lelaki Takut Bini << Klik Sini
- Saksi Kejadian: Isteri Mat Yo Tendang Pengawal Keselamatan << Klik Sini
Tuan Asmawi turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa doa-doa orang yang dizalimi itu dimata manusia ia sekadar kata-kata tetapi tidak di pandangan Allah.
“Ingatlah saudara saudari sekalian, rintihan dan doa orang yang dizalimi itu di mata manusia ia sekadar kata-kata tetapi di pandangan Allah ia seperti halilintar yang menyabung,” katanya.
Baru-baru ini Siti Aisya dipercayai telah memuatnaik satu video beliau memaki hamun Pakcik Azman di terminal Subang Skypark, Subang selepas Pakcik Azman meminta dia mengalihkan kenderaan kerana sudah diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan.
Video selama 55 saat itu menunjukkan isteri Mat Yo memaki pengawal keselamatan itu dengan kata-kata bodoh dan juga menggelarnya ‘jantan dayus’
Kami kemudiannya pergi menemui Pakcik Azman dan mendengar penjelasannya sendiri yang akhirnya meluahkan bahawa isteri Mat Yo turut menendangnya. – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment