“Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen”.
Itu merupakan kenyataan pertama yang
dikeluarkan oleh isteri pemain bola sepak Nor Shahrul Idlan Talaha, Siti
Aisya Adam menerusi Harian Metro yang dikatakan bersikap kurang ajar
dan biadap terhadap pengawal keselamatan yang menjalankan tugasnya di
Lapangan Terbang Subang Skypark, baru-baru ini.
Artikel terdahulu:
- Ustaz Tegur Perbuatan Biadap Isteri Mat Yo << Klik Sini
- Mat Yo Tak Salah - Peminat Tegar << Klik Sini
- Pengawal Keselamatan Beri Penjelasan Berhubung Kes Tendang Oleh Isteri Mat Yo << Klik Sini
- Saksi Kejadian: Isteri Mat Yo Tendang Pengawal Keselamatan << Klik Sini
- Isu Gelaran Anjing: Sah Mat Yo Lelaki Takut Bini << Klik Sini
- Isteri Mat Yo Kurang Ajar << Klik Sini
Selain mengeluarkan perkataan seperti
“pak cik bodoh” dan “jantan dayus”, Aisya juga difahamkan telah
menendang di celah kelangkang pengawal yang dikenali sebagai Azman Mohd
Nayan itu.
Sehingga kini, rakaman video berdurasi
55 saat itu ditonton hampir 260,000 pelayar Internet di laman YouTube,
selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada
pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri
Mat Yo.
Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.
No comments:
Post a Comment