Follow Pena Hiburan

Showing posts with label Selebriti Sukan. Show all posts
Showing posts with label Selebriti Sukan. Show all posts

Isteri Mat Yo MENIPU Dalam Membuat Laporan Polis?

Percangahan Laporan Polis Isteri Mat Yo dan Video Yang Tersebar


Jika video isteri Matyo yang kontroversi mula tersebar lewat, laporan polis yang dibuat oleh Siti Aisya Adam pula dibuat lebih awal daripada masa itu. Yang menariknya, terdapat percanggahan ketara antara agenda dalam video berkenaan dengan isi kandungan laporan polis itu.


 "PADA 12/09/13 JAM LEBIH KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK. SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KE ARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA. LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI. SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA. SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA."
Jadi Persoalan disini :adakah laporan polis yang dibuat isteri Matyo hanya palsu semata-mata? Jika tidak, kenapa jauh sangat menyimpang daripada isi kandungan dalam video rakaman asal? Loporan yang buat lebih kepada pembelaan kepada diri sedangkan sudah jelas didalam video adalah sebaliknya....

Video Terdahulu

Kita tunggu di mahkamah nanti ya....

Kita Jumpa Saja Di Mahkamah Kata Majikan Pakcik Azman

“Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”

Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.
AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan) sambil diperhatikan Pengurus Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl.

Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.

Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.

sumber:metro

Maruah Lionel Messi Tercalar Jua Akhirnya

Akhirnya maruah Lionel Messi tercalar jua. Sungguh jahat orang itu... hahaha

Mat Yo Pasang 2 Orang Pengawal Keselamatan


Kontroversi isu pengawal keselamatan, Azman Mohd. Nayan yang dikatakan dimaki hamun dan ditendang isteri pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat
Yo, bertindak di luar jangkaan semalam apabila memasang pengawal keselamatan semata- mata untuk mengelak dirinya daripada ditemu bual pihak media.

Tindakan terdesak itu dilakukan sebaik sahaja penyerang sensasi itu tamat sesi latihan bagi persediaan menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Padang Seri Gelam di sini pukul 6.50 petang.

Media yang datang seawal pukul 4.30 petang terlebih dahulu dikecewakan oleh Mat Yo apabila beliau enggan melayan wartawan dan hanya berkata: "Saya dah lambat ni, nak pergi training (latihan)."
sumber: kosmo

Isteri Mat Yo Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia


Sekali-sekala menulis mengenai selebriti sukan tanah air apa salahnya kan? Rasanya satu Malaysia sudah pun melihat rakaman video isteri Mat Yo yang dilihat memaki hamun seorang pegawai keselamatan dengan panggilan “bodoh”, “jantan dayus” dan lain-lain yang telah tersebar di Internet baru-baru ini. Video tersebut ternyata meimbulkan kemarahan orang ramai yang kecewa dengan sikap kurang ajar isteri Mat Yo tersebut.

Artikel terdahulu

Hari ini menerusi Berita Harian, Siti Aisya (nama isteri Mat Yo), memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Kata Siti Aisya:-
Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak. Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

Tidak diketahui pula apakah “kebenaran” yang dimaksudkan oleh Siti Aisya. Mungkin ada cerita di sebalik video tersebut. Yang peliknya, video tersebut telah diupload oleh orang lain dan bukannya Siti Aisya. Katanya lagi:-
Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?
Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis


Siti Aisya juga turut memberitahu yang dia sebenarnya adalah seorang yang menghormati orang tua. Agak berbeza dengan apa yang anda telah lihat menerusi video tersebut. Katanya lagi:-
Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul
Siapakah yang mencabar Siti Aisya sehingga kelakuan sebegitu timbul daripada dirinya? Hanya Siti Aisya sahaja yang tahu. Rakaman video tersebut terlalu pendek untuk kita membuat kesimpulan sendiri. Sama-samalah kita nantikan siasatan polis. Apa kata anda?
sumber: beautifulnara

Randy Pangalila Mesra Bersama Kekasih Hati


Bagi mereka yang mengikuti laman sosial pelakon dari seberang, Randy Pangalila atau nama sebenarnya, Randy Dionisius Pangalila pasti sudah sedia maklum dengan wajah kekasih hati aktor tersebut bukan?

Sebelum ini Randy pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon genit Elfira Loy, apabila mereka sama-sama digandingkan dalam drama berjudul Mimpi Sampai Ke Bintang dan Dalam Hati Ada Taman.

Meskipun terdapat pelbagai dakwaan yang mengatakan mereka bercinta, akan tetapi kedua-dua pelakon tersebut telah berjaya menepis gosip cinta itu dan Randy juga pernah mengaku bahawa dia sudah mempunyai kekasih hati bernama Michella Putra

Meneliti setiap foto yang dikongsikan di laman sosial Randy, pelakon tersebut dilihat begitu mesra dengan kekasih hatinya dan mereka juga kelihatan sangat serasi.

Dalam pada itu, para pengikut laman sosial Randy turut melahirkan rasa gembira apabila melihat kebahagiaan yang dipamerkan oleh pasangan tersebut dan rata-ratanya mendoakan semoga hubungan cinta mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Apa pun, untuk para peminat Randy Pangalila yang masih belum pernah melihat wajah comel kekasih pelakon tersebut, jom lihat beberapa foto mesra mereka selepas ini.

Sebagai rujukan, Michella Putri merupakan salah seorang pelakon dari Indonesia dan mereka pernah digandingkan bersama dalam sinetron berjudul Nada Cinta.













 sumber: oh bulan

Isteri Mat Yo - Saya Serah Kes Ini Pada Polis Dan Peguam

 “Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen”.

Itu merupakan kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh isteri pemain bola sepak Nor Shahrul Idlan Talaha, Siti Aisya Adam menerusi Harian Metro yang dikatakan bersikap kurang ajar dan biadap terhadap pengawal keselamatan yang menjalankan tugasnya di Lapangan Terbang Subang Skypark, baru-baru ini.

Selain mengeluarkan perkataan seperti “pak cik bodoh” dan “jantan dayus”, Aisya juga difahamkan telah menendang di celah kelangkang pengawal yang dikenali sebagai Azman Mohd Nayan itu.

Sehingga kini, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 260,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo.

Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.

Ustaz Tegur Perbuatan Biadap Isteri Mat Yo


PENDAKWAH Bebas Tuan Asmawi Tuan Umar hari ini menegur kelakuan Siti Aisya Adam,  isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang memaki seorang pengawal keselamatan 12 September lalu.

Dalam satu post di laman Facebook Tuan Asmawi Tuan Umar, beliau mengakui kasihan dan menyayat hati bila pengawal keselamatan itu Azman Mohd Nayan dimaki hamun oleh isteri Mat Yo dengan pelbagai kata cacian.


“Memang kasihan dan menyayat hati.. Bayangkan Pakcik ini bapa kita, datuk kita, terlalu jauh dari batas pertimbangan kemanusiaan tentang apa yang berlaku.. Si pelaku keganasan (isteri Mat Yo) mungkin terlupa pakcik ini mempunyai lima orang anak, mungkin juga cucunya ada.

“Apakah pula perasaan isteri Pakcik ini dek suaminya dalam tempoh mencari rezeki diperlakukan sedemikian.’Takziah’ buat isterinya dan Mat Yo juga,” katanya.


Artikel terdahulu:


Tuan Asmawi turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa doa-doa orang yang dizalimi itu dimata manusia ia sekadar kata-kata tetapi tidak di pandangan Allah.


“Ingatlah saudara saudari sekalian, rintihan dan doa orang yang dizalimi itu di mata manusia ia sekadar kata-kata tetapi di pandangan Allah ia seperti halilintar yang menyabung,” katanya.
 

Baru-baru ini Siti Aisya dipercayai telah memuatnaik satu video beliau memaki hamun Pakcik Azman di terminal Subang Skypark, Subang selepas Pakcik Azman meminta dia mengalihkan kenderaan kerana sudah diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan.

Video selama 55 saat itu menunjukkan isteri Mat Yo memaki pengawal keselamatan itu dengan kata-kata bodoh dan juga menggelarnya ‘jantan dayus’


Kami kemudiannya pergi menemui Pakcik Azman dan mendengar penjelasannya sendiri yang akhirnya meluahkan bahawa isteri Mat Yo turut menendangnya. – mynewshub.my

Mat Yo Tak Salah - Peminat Tegar


Dalam kita semua sedang leka melihat lawak lawak kes isteri Mat Yo di Facebook mahupun Twitter. Masih ada peminat tegar yang menyokong Mat Yo.

Artikel terdahulu:



 Jom Layan VIDEO... Zess


Pengawal Keselamatan Beri Penjelasan Berhubung Kes Tendang Oleh Isteri Mat Yo

Pengawal Keselamatan Beri Penjelasan Berhubung Kes Tendang Oleh Isteri Mat Yo

Artikel terdahulu:

Jom kita tengok video ni  Jangan buat apa2 spekulasi dulu,




Maka dengan jelaslah kes ini  boleh disimpulkan dengan mudah. MAT YO seorang  LELAKI DAYUS dan membiarkan sikap ISTERINYA KURANG AJAR dan diperakuilah MAT YO TAKUT BINI

Saksi Kejadian: Isteri Mat Yo Tendang Pengawal Keselamatan


Terbongkar lagi kisah tragedi Isteri Mat Yo.kurang ajar


Artikel terdahulu

Mereka yang berada di tempat kejadian mengakui dan nampak ISTERI MAT YO tendang pengawal keselamatan tersebut.



Isu Gelaran Anjing: Sah Mat Yo Lelaki Dayus, Takut Bini

Belum selesai ISU MAKI HAMUN ORANG TUA di lapangan terbang, Isteri Mat Yo buat hal lagi dan kali ni melibatkan penghinaan sehingga menggelakan seseorang dengan gelaran "ANJING"

Artikel Berkaitan:

Pena Hiburan merasa amat pelik kerana Mat Yo tidak mengambil tindakkan mahupun membuat permohonan maaf atas perbuatan isterinya sebaliknya membiarkan begitu sahaja.



Pena Hiburan berharap dapatlah kiranya Mat Yo tampilkan diri memohon maaf tentang perkara ini kerana sesiapa sahaja yang membaca pasti akan tersentap.

Isteri Mat Yo Kurang Ajar


Beginikah sikap kita bila berhadapan dengan orang yang menjalankan tugas mereka?? Tiadakah rasa hormat kita kepada orang yang menjalankan tanggungjawabnya? Orang yang lebih tua daripada kita??

Mat Yo, seorang pemain bola sepak yang terkenal, hanya melihat sahaja kelakuan isterinya tanpa berbuat apa-apa. Ini baru separuh video... belum full video. Agaknya, apa kesudahannya?

Sekali tengok orang yang dimakinya "persis" muka salah seorang menteri besar dalam Malaysia



Jom kita tengok VIDEO ini