Desas desus mengatakan Noni AF5 bercinta dengan Fauzi Nawawi, akhirnya membuatkan Isteri kepada Fauzi Nawawi, Lisdawati tampil membuka mulut.
Artikel berkaitan:
Artikel berkaitan:
- Noni AF5 Nafi Bercinta Dengan Fauzi Nawawi << Klik sini
Hari ini melalui Sinar Harian, Lisdawati pula memberi kenyataan sudah lali dengan gosip sedemikian sambil mempertahankan suaminya itu.
"Itu semua gosip. Malah saya sendiri sudah lali dengan gosip sebegini."
Tambah Lisdawati lagi, suaminya itu seorang yang peramah dan tidak mustahil kemesraan antara Fauzi dengan orang lain disalah anggap.
"Semua orang dah kenal Fauzi sebagai pelakon dan pengarah, malah saya tahu Fauzi seorang yang peramah."
"Saya juga tahu mereka memang bekerjasama, tetapi hairan juga bagaimana kisah ini boleh timbul. Mungkin kemesraan mereka itu disalah anggap oleh orang sekeliling."Mungkin kerana sudah lama berada di dalam industri membuatkan Lisdawati tidak melatah malah menganggap berita seperti ini sebahagian dari lumrah bergelar selebriti.
No comments:
Post a Comment