Follow Pena Hiburan

Alif Satar Bakal Tamatkan Zaman Bujang


Penyanyi yang popular dengan lagu 'Lelaki Seperti Aku', Alif Satar mengakui sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin. Malah, Alif turut memberitahu dia pernah meminta pandangan Tomok tentang hasratnya untuk berkahwin pada usia muda.  

“InsyaAllah jika ada rezeki saya akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan. Kalau boleh saya tak nak menghebahkan perkara ini kerana saya tak mahu perkara buruk terjadi kerana terlalu bercakap mengenainya,” ujar Alif ketika ditemui di sidang media Idola Kecil musim keenam di Platinum Movie Lounge, Cathay Cineplex, Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain itu, Alif yang masih dikekalkan sebagai pengacara untuk musim baru bagi program realiti itu berkongsi yang dia berbangga dengan kualiti dan semangat yang ditonjolkan oleh kanak-kanak yang hadir ketika ujibakat Idola Kecil ini.

“Ada yang datang bawa gitar dan yang paling kelakarnya lagu 'Aku Yang Dulu' nyanyian Tegar begitu popular semasa ujibakat. Memang lagu tersebut begitu popular dan menjadi siulan semua lapisan masyarakat. Dalam masa yang sama juga saya suka melihat semangat kanak-kanak yang hadir untuk ujibakat dan dilihat penuh dengan persediaan,” ujar Alif.

Walaupun sinonim sebagai pengacara Idola Kecil, namun Alif menegaskan yang dia tetap mengutamakan bidang nyanyian daripada cabang seni lain. Ini kerana minatnya dalam bidang nyanyian begitu mendalam. Bidang pengacaraan merupakan pilihan keduanya.

Alif turut berkongsi yang album ketiga dijangka bakal berada di pasaran pada 20 November ini. Malah pada tarikh tersebut dia bakal turut melancarkan single terbarunya yang berjudul Akhiri Penantianku.







sumber: mforum2.cari

No comments:

Post a Comment