Follow Pena Hiburan

Diana Amir Tetapkan Tarikh Nikah Pada 25 Oktober 2013


Pelakon Diana Amir mengesahkan beliau akan bernikah dengan tunangnya, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober ini.

Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, berkata, majlis pernikahan bakal berlangsung pada pukul 9 malam di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.

"Saya dan tunang akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya," katanya.


Diana ditemui pada majlis sidang media pengumuman pernikahan pelakon itu di pejabat Metrowealth International Group (MIG) di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Diana berkata dia kini sedang membuat persiapan hari bahagianya itu dan memberitahu ia berjalan lancar.

"Persiapan masih dijalankan tetapi belum siap sepenuhnya lagi," katanya.

Untuk makluman semua, Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.












No comments:

Post a Comment