Pelakon
Diana Amir mengesahkan beliau akan bernikah dengan tunangnya, seorang
petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd
Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober ini.
Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, berkata, majlis
pernikahan bakal berlangsung pada pukul 9 malam di Masjid Sultan Zainal
Abidin, Putrajaya.
"Saya dan tunang akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya," katanya.
Diana ditemui pada majlis sidang media pengumuman pernikahan pelakon
itu di pejabat Metrowealth International Group (MIG) di sini pada petang
Khamis.
Dalam pada itu, Diana berkata dia kini sedang membuat persiapan hari bahagianya itu dan memberitahu ia berjalan lancar.
"Persiapan masih dijalankan tetapi belum siap sepenuhnya lagi," katanya.
Untuk makluman semua, Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September
tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.