Nampaknya kenyataan terbaru Fizz Fairuz tentang hasratnya untuk mengahwini Almy Nadia mendapat perhatian ramai dan tidak kurang mereka yang skeptikal tentang perkara ini lebih lebih lagi dengan apa yang berlaku sebelum ini.
Almy Nadia dalam satu kenyataan balas sebelum ini pun ada berkata yang beliau enggan untuk memberikan sebarang kenyataan kerana ini menjaga hati ramai pihak.
Artikel Terdahulu:
Keengganan Almy Nadia untuk berikan sebarang komen ramai ambil sebagai isyarat yang aktres ini sebenarnya tidak mengetahui hasrat Fizz Fairuz untuk memperisterikan dirinya.
Fizz Fairuz yang ditemui media ketika sidang akhbar Liga Lawak Superstar semalam menyatakan yang beliau sendiri meminta Almy Nadia untuk menutup mulut tentang apa apa perkara berkaitan isu perkahwinan ini.
“Saya sendiri yang beritahu Almy jangan buka mulut selagi saya belum berjumpa keluarganya untuk berbincang mengenai hasrat saya untuk berkahwin dengannya”
“Saya tidak mahu orang nampak salah dia jika perkahwinan ini tidak jadi. Biar orang nampak ia salah saya sahaja. Saya boleh kawal lagi tetapi dia tidak boleh. Nanti dia menangis lagi”
Menjawab persoalan ramai tentang sejauh mana beliau serius untuk mengahwini Almy Nadia, Fizz Fairuz berkata “Demi Allah, saya bersumpah akan berkahwin dengannya”
sumber: rotikaya
sempoi lahhh..
ReplyDelete