Follow Pena Hiburan

Ibu Uqasha Senrose Nafi Uqasha Putus Tunang


Setelah riuh di media massa dan laman sosial tentang terputusnya ikatan pertunangan antara Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim, akhirnya ibu kepada Uqasha, Rosmizai Mohd Nor tampil memberi penjelasan. Walau apapun, penjelasan ibunya adalah berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh Uqasha sendiri.

“Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa yang berlaku,” ujar Rosmizai Mohd Nor yang dihubungi oleh mStar Online semalam.

Artikel Terdahulu:
 
Namun ibu Uqasha Senrose menolak dakwaan yang mengatakan pasangan itu sudah pun putus tunang seperti yang menjadi bualan ramai semalam.

“Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasmi mereka belum putus. Saya pun tidak boleh komen banyak sebab tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi apa-apa pun yang terjadi saya hanya doakan mereka dapat buat keputusan yang terbaik”

Untuk makluman, pasangan Uqasha Senrose & Pekin Ibrahim bertunang pada 9 Julai yang lalu.





sumber:ohbulan

No comments:

Post a Comment