Tiupan angin kencang yang membawa khabar Noni AF5 sedang hangat bercinta bersama Fauzi Nawawi kini sedang hangat diperkatakan.
Bagaimanapun melalui laman Instagram milik Noni, penyanyi ini dilihat sedang bahagia dengan seorang lelaki dipercayai kekasihnya yang sudah lama dikenali. Jadi, tidak mustahil jika Noni menafikan dakwaan mengenai gosipnya dengan Fauzi.
Pada 4 Oktober lalu, Noni telah menyambut ulangtahun kelahiran jejaka itu yang dikenali sebagai Mustain Adnan di restoran milik Chef Riz.
Menurut akhbar Harian Metro hari ini pula, Noni menjelaskan hubungannya dengan Fauzi hanya sekadar hubungan profesional dan menganggap Fauzi sebagai guru dalam bidang lakonan.
Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga ‘anak didik’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan gosip berkenaan apatah lagi hubungan rapatnya dengan Lisdawati sudah dianggap seperti adik-beradik.
Bukan saya sahaja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi. Tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?
sumber: ohbulan
No comments:
Post a Comment