“Sampai hati ustaz!”. Itu luahan seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz yang terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya.
Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab.
“Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak sembilan kali,” katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital, semalam.
Muhamad Faiz berkata, ustaz berusia 30-an itu merotannya dalam sebuah bilik sambil disaksikan rakan dan dua guru lain.
sumber:harianmetro
No comments:
Post a Comment