Follow Pena Hiburan

Shah Iskandar Nafi Bercinta Dengan Diana Nasir


Jika dahulu nama pelakon yang berasal dari Singapura ini pernah dikaitkan dengan Rozita Che Wan.  Terbaru, Shah Iskandar dikatakan punya hubungan intim dengan kakak kepada aktres, Anzalna Nasir iaitu Diana Nasir.
 
Semuanya gara-gara status yang dikemas kini oleh Diana di  akaun Instagram miliknya berbunyi;
 
"3weeks&7days ago mommy daddy&lil maggie left to london&today hes leaving to cape town for fear factro2!asyik kene tinggal ja!. Dear babyshah, no matter where you are, east north west or south, i hope you know that you'll always be in my heart...good luck, take care& be good! I'll miss you but not ott much! Ps: Ok kidding, ill miss you alot! lots of love babydee xoxo #setiahujungnyawa #ipromiseillbegood #fearfactor2 #capetown."
 

Jelas, apa yang diperkatan itu menunjukkan seolah-olah  mereka seperti pasangan bercinta.  Lantas, Media Hiburan Online menghubungi Shah bagi mejawab persoalan tersebut.
 
"Saya mengenali Diana Nasir lebih kurang tiga ke empat bulan lalu.  Dan saya tahu dia adalah kakak kepada Anzalna.  Sebelum ini kami memang pernah keluar lepak tapi beramai-ramai.  Tidak pernah lagi berdua.
 
"Jujurnya, saya baru terbaca akan gosip tersebut.  Memang saya terperanjat bila baca apa yang ditulisnya.  Dan saya tidak jangka yang dia akan mengemaskini status tersebut bersama gambar kami berdua. Sedangkan ketika itu ada kawan-kawan lain di sekeliling kami," jelas Shah yang kini berada di Cape Town bagi menjalani penggambaran program 'Fear Factor Malaysia'.
 
Ditanyakan adakah dia megetahui yang Diana punya hati terhadapnya, kata Shah lagi;
 
"Kalau tanya akan hubungan kami, apa yang saya boleh katakan adalah saya menganggapnya sebagai kawan biasa.  Bulum ada hati dan perasaan.  Tapi, tidak tahu lah pula dia.
 
"Bila saya balik Malaysia nanti, saya pasti akan bertanyakan sendiri dengannya akan status tersebut."
 
Shah juga mengakui sehari sebelum dia berangkat ke Cape Town dia ada berjuma Diana bersama beberapa rakan artis dan kawan-kawan lain.
 
Untuk rekod, sebelum ini Diana Nasir juga pernah menimbulkan kontroversi ekoran gambar yang dimuatnaiknya bersama Fizo.
sumber: mediahiburan

No comments:

Post a Comment