Pelakon seksi, Lana Nodin meluahkan dirinya berasa sedikit pelik dan
hairan kerana sepanjang tahun ini dia tidak menerima mana-mana tawaran
berlakon sama ada daripada produksi drama mahu pun filem.
Ini kerana sepanjang tahun lalu, tawaran berlakon tidak kering gusi hadir menghiasi diri aktres kontroversi ini.
“Saya tidak tahu apakah ia badi atau mungkin rezeki yang tidak
menyebelahi. Jenuh saya berfikir mencari di mana salah dan silap kerana
sebelum in, saya tidak pernah sepi daripada tawaran filem,” katanya yang
dipetik menerusi akhbar sisipan Berita Minggu, Bipop, hari ini.
Penerbit mungkin beranggapan pelakon berusia 34 tahun ini sudah mula
menaikkan harganya selepas dirinya tercalon untuk kategori Pelakon
Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 25 yang lalu.
Namun Lana menegaskan dia tidak pernah sesekali meletakkan atau menaikkan sebarang harga untuk mendapatkan khidmat lakonannya.
“Mungkin sesetengah penerbit beranggapan saya sudah mula meletak harga, tetapi itu hanya andaian.
“Jangan pantas membuat andaian tanpa terlebih dulu bertanya untuk mendapatkan kepastian,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment