Ibu kepada
penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman menyatakan hasratnya bersedia
menerima Johan As’ari sebagai menantunya sekiranya tertulis jodoh di
antara anaknya dengan jejaka tersebut.
“Tak ada sebab
kenapa saya tak suka dengan Johan, jodoh dan ketentuan, semuanya di
tangan Allah SWT, kita tidak mampu nak menghalangnya. Siapa sahaja
pilihan Shila, kami terima,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Fauziah atau
lebih mesra dipanggil Kak Zie itu juga mengatakan Johan seorang yang
baik, menghormati orang tua dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, yang
mana kesemua kriteria tersebut diperlukan dalam diri seorang lelaki
untuk menjadi pemimpin dalam rumah tangganya kelak.
Hubungan di
antara Shila dan Johan mula diperkatakan apabila mereka kini kerap kali
keluar bersama dan berkongsi gambar di laman sosial masing-masing.
Sejak putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad, baru kini nama Shila kembali dikaitkan dengan jejaka lain.
sumber: sinarharian
No comments:
Post a Comment