Follow Pena Hiburan

Rabeca Nur Al Islam Bersyukur Kerana Menang Kes Saman Terhadap Rumah Karya Citra, Erma Fatima


Sebelum ini, Rabecca Nur Al Islam telah memfailkan saman terhadap syarikat produksi Erma selepas gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama 'Dejavu Di Kinabalu' arahan Erma tahun lalu.

Susulan kes saman yang dibuat oleh pelakon Rebecca Nur Al-Islam terhadap syarikat produksi milik pengarah terkenal Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd, mahkamah memutuskan kes tersebut telah berpihak kepada pelakon ini.
Rebecca yang mengeluarkan kenyataan menerusi SMS kepada Media Hiburan Online melahirkan rasa bersyukurnya di atas kemenangan ini.
"Alhamdulillah syukur. Allah S.W.T sentiasa akan bersama dengan hambanya yang di pihak benar. Amin syukur, Ya Allah.
"Terima kasih kepada lawyer saya dari Azam, Idzham, Azman & Partner, thank u family, friends, saksi-saksi saya, Encik Azahari, Farra Nur Hidayah dan cik Fariz... Syukur... Thank you semua yang menyokong saya di pihak yang benar," kata  Rabecca.
sumber:mediahiburan

No comments:

Post a Comment