Follow Pena Hiburan

Mawar Fareeda Selamat Bertunang, Nikah 10 November 2013


Perkenalan singkat bagi pasangan merpati dua sejoli ini akhirnya telah membawa kepada majlis pertunangan mereka awal pagi ini.

Selepas upacara menyarungkan cincin ke jari manis Mawar oleh ibu Fizo, Wan Hafizol bin Wan Omar atau Fizo Omar kini telah bergelar tunangan pengusaha muda tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim.

Majlis pertunangan yang serba ringkas itu telah dijalankan di rumah pihak perempuan di Country Height, yang terletak Kajang dengan dihadiri lebih kurang 300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan beberapa wakil media.

Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5 dulang hantaran. Manisan antara hantaran iringan melambangkan manisnya pertunangan pasangan yang sedang disirami kehangatan percintaan ini.

Hasil perbincangan yang telah dipersetujui sebelum ini, pasangan ini akan bernikah para esok hari, bersamaan 10 Nov, bertempat di kediaman pihak perempuan, Country Height Kajang.

Majlis pernikahan mereka esok boleh disaksikan secara langsung di program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9.












Sumber: rotikaya

No comments:

Post a Comment