Follow Pena Hiburan

Cristiano Ronaldo Kawin Dalam Diam?


Pemain bola Sepak kesukaran ramai, Cristiano Ronaldo dan Irina Shayk sudah lama menjalinkan hubungan cinta dan terbaharu, pasangan itu dikatakan sudah berkahwin dalam diam.

Menurut laporan portal Dailymail, berita itu mula hangat diperkatakan ketika Cristiano menghadiri sebuah acara anugerah Ballon d'Or, Isnin lalu dan ketika itu dia menerima pengiktirafan Pemain Bola Sepak Tahunan sebanyak dua kali.

Dalam ucapannya, dia telah membuatkan ramai orang terkejut apabila mengucapkan terima kasih kepada 'isteriku' yang ditujukan kepada Irina.


"Untuk semua orang yang terlibat secara tidak langsung sepanjang karier sukan bola sepak ini, saya benar-benar ingin berterima kasih kepada ‘isteriku’, rakan-rakan dan anak saya," katanya.

Pada acara anugerah itu, Irina turut hadir bersama anak mereka memberi sokongan terhadap Cristiano. Ketika memberi ucapan itu, lelaki berusia 28 tahun itu tidak dapat menahan air mata tanda terharu.
Sumber: TAMBAHKiCAP

No comments:

Post a Comment