Follow Pena Hiburan

Keluarga Restu Hubungan Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal, Bakal Nikah Mac 2014


Keluarga Restu Hubungan Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal, Bakal Nikah Mac 2014 | "Saya tak mahu sejarah silam (perkahwinan tanpa restu) berulang lagi. InsyaAllah kami akan berkahwin pada Mac depan," Itulah luahan kata pemain bola kebangsaan Aidil Zafwan, 27 yang dilaporkan telah mendapat restu dari kedua ibubapanya untuk mendirikan rumahtangga bersama Zarema Zainal.

Bak kata orang, pengalaman mengajar kita. Begitu juga dengan saya, segala kekurangan saya dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin memperbaikinya pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang baik.



Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, berkata, dia percaya restu keluarga dan doa ibu merupakan perkara yang sangat penting kerana ia menjamin masa depan.

"Yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah," ujarnya.

Untuk rekod, Aidil telah sah bercerai talak satu dengan Rita Rudaini pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

Pasangan ini telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki.Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Sumber: TAMBAHKiCAP

1 comment: