Follow Pena Hiburan

Showing posts with label Chef Wan. Show all posts
Showing posts with label Chef Wan. Show all posts

Bekas Menantu Chef Wan Di Ugut Samseng Jalan Raya

Pelakon Ana Dahlia yang juga merupakan bekas menantu kepada Chef Wan dikatakan telah diugut oleh seorang pembuli jalanan, minggu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku apabila Ana mahu mengundurkan keretanya selepas kad Touch ‘n Go miliknya tidak boleh digunakan.

Namun belum sempat dia berbuat demikian, terdapat sebuah kereta meluru laju dan terus merempuh belakang kereta Ana.

Pemandu lelaki itu kemudiannya bertindak agresif selepas berlaku insiden tersebut dan atas faktor keselamatan pelakon wanita itu tidak keluar daripada keretanya.

Sebaliknya Ana menyarankan mereka pergi ke balai polis berhampiran untuk membincangkan hal itu.

Menurut laporan Metro Ahad, walaupun berkali-kali Ana meminta maaf kepada lelaki tersebut, namun si pembuli jalanan itu terus-terusan berkasar dan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada aktres tersebut.

Hai, macam itu punya orang pun ada ke?

Nasiblah Ana ini bertindak bijak dengan segera ke balai, kalau tak, tak tahu untung nasibnya apabila berdepan dengan orang sebegitu.



Chef Wan Terima Anugerah Chef De Cuisine


Malam tadi berlangsungnya Mc Millan Woods Global Awards 2013 di ShangriLla Hotel. Sekali lagi Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil sebagai Chef Wan telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Chef De Cuisine bagi kategori Food Tourism Ambassador, Malaysia.